Monday, May 6, 2024

Laguna Redang Resort 18th June 2020 (PKPP)

Assalamualaikum WBT..... setelah kerajaan mengizinkan rakyat Malaysia melancung di dalam negeri setelah 3 bulan dalam PKP, maka ilham pertama kami dalam linkungan adik beradik adalah pergi bercuti bersama-sama! Destinasi yang kami bersama setuju adalah sekali lagi Pulau Redang (Laguna Redang Resort) buat kami sekeluarga (3 kali dah) tetapi adalah kali pertama buat krga akak ipar! Maka saya bersama isteri terus membuat tempahan untuk check in pada Khamis 18hb Jun 2020 dan check out pada Sabtu 20hb Jun 2020. Setelah bayaran penuh di buat serta penempahan kami di sahkan kami terfikir jika kami beramai-ramai di dalam Feri terkempam selama 2 jam perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Jeti Redang maka ada juga terfikir tentang risiko jangkitan Covid 19 (takut je kerana kami ada bawa anak2 bersama serta anak buah) serta takut terkena mabuk laut alamat lah "sedekah makanan" nanti di dalam Feri!


Alamak! Macam mana ye kerana dah tak boleh cancel mengikut pada Rules and Regulation Laguna Redang Resort! Dah bayar hampir RM5k+......!


Nasib baik lah pula terlintas mungkin ada Bot Private yang boleh di sewa....cari punya cari Alhamdullilah terjumpa dengan NURUL BOAT SERVICES yang akan ambil kami dari Jeti Merang yang baru! Bayaran bot sewa ini pergi balik buat kami adalah RM900.00! Kami terfikir takpe lah asalkan semua selamat Insyaallah.......


Maka kami skrga dari JB ke Terengganu melalui Jalan Mersing Kota Tinggi selepas subuh pada tarikh 17hb Jun 2020. Perjalanan memakan masa lebih kurang 7 jam. 


Layan sekejap Antara Anyer dan Jakarta dengan pemandangan langit serta awan yang indah di daerah Pahang/Terengganu...
Kami mengambil Homestay Amir di Merang (gambar bawah)buat tidur semalam di sana. Sewa semalam adalah RM200.00.





2x kereta, 1x dari JB dan 1x dari Beranang Selangor 


Tempat Homestay ni ok sangat dengan pemandangan laut lebih kurang 100m dari Homestay....Saya kongsi sedikit gambar.....








Gambar sempat di rakam ketika waktu senja......


Selepas zohor saya, isteri dan anak2 keluar mencari keropok lekor terengganu dan setelah meninjau dari Mr Google kami di beritahu Pok Su Keropok Losong adalah antara yang terbaik! Ia tidak mengeciwakan memang sedap keropok jualan mereka!



Setelah mencuba keropok kami cuba pula makan ICT! Apa tu??? ICT Shah Alam ke? 


Ikan Celup Tepung dah! 






Kami ke ICT Adik Beradik di mana Restoran mereka sangat berdekatan dengan pantai. Sambil makan sambil menghirup udara segar laut! Wow! 







Keesokkan hari pula kami bersiap sedia untuk ke Jeti Merang dan telah pun membuat temujanji dengan Pengusaha Nurul Boat Services En Gmie (no HP beliau adalah 012-9523307) yang sangat ramah mesra serta banyak membantu kami semasa di Terengganu. Homestay Amir yang kami menginap juga adalah dari info En Gmie. Sebelum ke sana kami bersarapan di Warung D'za Nasi Dagang di mana warung ini juga adalah info dari En Gmie. Ok sangat makanan yang di sediakan dari Nasi Lemak ke Nasi Kerabu serta Nasi Dagang dan juga kueh mueh. Selepas tu kami terus ke Merang Jeti bertemu dgn En Gmie....



Sementara tu kami membeli belah sekejap di kedai cenderahati berdekatan dengan membeli topi serta T-shirt....
Lebih kurang dalam jam 11.15pagi kami bertemu dengan En Gmie. Kami berlapan menaiki Boat Private buat pertama kali ke Pulau Redang yang akan hanya memakan masa 45minit Insyaallah.


Cuaca pada hari tersebut sedikit kurang baik, hujan renyai2 serta laut sedikit bergelora!





Terjerit jerit jugak kami semua dalam bot kerana melambung lambung jugak bot di alun ombak besar! Tapi selepas dalam 10 minit dah jadi seronok lah pulak! 


Akhirnya sampai lah kami ke Pulau Redang (Laguna Redang Resort) dalamasa 45 minit Alhamdullilah!



Cuaca malap masih hujan renyai2.....


Selepas makan tengahari, kami bermandi manda di laut berhadapan dengan resort.



Masih kecil lagi anak2 kami ketika 2013.....





Kami juga pergi snorkelling....
Belanja sikit gambar pemandangan di sana....












Air laut yang begitu jernih serta nyaman............

Pada malam hari kami melepak di kawasan luar lobby sambil minum2 dan membawang sesama sendiri...hehehe!





Esok pagi2 sebelum breakfast kami menunggu Sunrise.......





Masyaallah....







Pada malam terakhir kami beramai ramai ke restoran di Snorkel centre ngeteh dan makan keropok lekor....



Terasa sangat masa begitu singkat.....keesokkan hari kemas2 barang, selepas bekfes bergambar sana sini.....



Restoran santapan di Laguna Redang Resort. Ada pelbagai pilihan, kalau yang boleh makan, makan lah apa pun semua dah dalam pakej!

  







Percutian di Pulau Redang ini anda harus memilih resort2 mana yg bersesuian dengan budget anda. Jika di Laguna pakej sudah termasuk dengan sarapan, tghr serta petang jadi tak perlu nak mencari cari atau order di restoren. Apa pun terpulang pada anda untuk membuat pilihan cuma apa yang dapat kami simpulkan Pulau Redang masih tetap terbaik sebab itu 3x kali kami ke sini Insyaallah! Sekian dahulu...Wassalam.

Saya ada kompilasikan gambar2 sewaktu di Pulau Redang ini di youtube. Sila klik link di bawah :- 


Sila klik link di bawah ini jika anda hendak meninjau resort telah kami cuba..... 





Site created on 27th June 2020
Last edited on 22th July 2020